File Sharing in Windows XP

Hari ini saya nak share something tips berkenaan File Sharing in Windows XP. Pagi ini saya pergi buat presentation kat ARL Powerbowl. Saya nak share satu folder kat laptop saya, tetiba tak boleh plak. Puas saya selidik satu persatu, apasal folder dalam laptop saya nie tak leh nak share. Saya tidak mahu share folder C,D dan E saya takut bila saya lupa nanti orang masuk Laptop saya mengikut LAN, maybe mereka delete file file dalam laptop saya nie.

Ok, cara saya mengatasinya.

Peringatan: Sebelum mula, pastikan komputer anda dah enabled File and Printer Sharing for Microsoft Networks didalam network card properties. Jika belum anda dikehendaki aktifkan(able) untuk membuat sharing file.



1) Buka Windows Explorer dan pilih folder mana anda ingin share. Saya harap folder yang anda ingin share tu ada data didalam folder tersebut. Right click folder tersebut dan klik Sharing and Security



2) Folder Properties anda akan kelihatan. Pilih Sharing tab and tick Share this folder on the network untuk share folder. Anda boleh menaip nama baru folder tersebut, walaubagaimanapun nama asal folder tersebut tidak akan berubah. Click Apply



Note: If the sharing options are grayed out as shown below, this is because the folder is in another folder that is private (don’t allow folder/file sharing). Just click the another folder to disable the private option. Click here to learn about how to make folder private instead of file sharing.



3) Apabila folder anda telah di share, Anda akan dapat melihat ikon tangan ( a hand supporting ) di folder Anda. Ini bermakna Folder anda telah berjaya di sharing.

Selamat Menyambut Aidil Adha



Assalamu’alaikum dan salam sejahtera.

Selamat menyambut ketibaan “Selamat Hari Raya Aidil Adha” yang mulia ini. Diharapkan semua beraya didalam keadaan yang sihat dan selesa. Dikesempatan ini Wan Ariff ingin memohon seribu kemaafan kepada pembaca-pembaca blog saya yang beragama Islam. Semoga pengorbanan yang kita lakukan selama ini mendapat keredhaan Allah.

Raya nie saya dan sekeluarga balik ke kampung di N9 beraya pada 21 NOvember 2009.

KEPADA SEMUA BLOGGERS DAN PEMBACA BLOG SETAHUN JAGUNG INI! SAYA INGIN MEYUSUN 10 JARI MEMOHON KEMAAFAN..SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.


Tips:

Website Befunky membolehkan kita membuat effect kepada gambar kita kepada bentuk stencil, cartoonizer, warholizer, charcola, sunburst dan pelbagai lagi. Anda harus memilih kesan effect yang diinginkan kemudian upload gambar Anda dari komputer atau webcam atau maner2 link. Selepas memilih gambar maka gambar Anda untuk diupload dan disiapkan gambar mempunyai kesan effect yang Anda pilih. Anda boleh Save gambar tersebut untuk dipaparkan di laman web lain.

Disclaimer

Laman Blog ini dihasilkan untuk memberikan pengajaran dan menyalurkan maklumat umum mengenai subjek terkini. Ia tidak boleh dianggap sebagai mengandungi nasihat kewangan, sekuriti atau perakuan sekuriti.

Tips dan pengajaran yang disebut di dalam blog ini mungkin tidak sesuai untuk setiap individu yang mahir didalam sesebuah perisian dan tidak dijamin dapat menghasilkan kesan tertentu kepada semua pihak.

Walaupun segala usaha telah dilakukan untuk memastikan ketepatan informasi di dalam blog ini ketika penulisan, namun begitu informasi selalu bertukar dengan cepat. Oleh itu, sesetengah dari maklumat yang ada di dalam blog ini mungkin sudah tidak tepat ketika anda membacanya. Juga, kemungkinan ada kesalahan tipografi dan kandungan.

Tidak ada jaminan yang diperakukan bahawa maklumat yang terkandung di dalam blog persendirian ini adalah tepat dan lengkap. Penulis dengan ini secara khususnya tidak bertanggungjawab atas apa-apa risiko, kehilangan, liabiliti, sama ada secara peribadi atau tidak, yang berlaku akibat penggunaan dan aplikasi kandungan buku panduan ini, secara langsung atau tidak langsung.

Anda dirayu supaya membaca semua bahan-bahan yang ada, belajar dengan bersungguh dan serius mengenai perkara yang dibincangkan, serta menjalinkan maklumat ini dalam keperluan diri anda sendiri.

Segala komen yang diberikan diblog ini akan ditapis, jika komen tersebut berbau, penginaan, mengutuk, mencaci atau SPAM, komen tersebut akan didelete tanpa sebarang amaran.

Sekian